





 
 
 
|

Tarikh: Mid 1997 (tak ingatler)
Peserta : Jassmine, Lilac, Vodoo
#kekek telah buat julung2 kalinya mengadakan sesi chatthon. Jassmine,Lilac dan Vodoo
berjaya mencatat rekod chatting #kekek selama 13 jam of non-stop chatting. Berbagai-bagai
topic yang kami bincangkan dari yang remeh-temeh hingga ke isu-isu politik, ekonomi dan
hubungan dua hala Singapura dan Malaysia. Jassmine mengundur diri pada mejelang Subuh
sebab kena jadi posnita pada keesokan harinya. Lilac & Vodoo chat hingga pukul 8:30
pagi dan hanya berehat seketika untuk menunaikan solat Subuh.


Tarikh : 25/12/97
Peserta : BlueBayu (Anis), Lilac, Liizzy, Vodoo
Kali ini ramai juga yg turut serta dalam chatthon #kekek. Salah satu topic yg menjadi
bahan diskusi ialah irc-based relationship. Liizzy sembang panjang lebar hingga quote from
poems segala. Selalunya awek ni tau ketawa hehehehe sama main popups saja kerja dia. Dalam
tengah asyik
berchat Lilac mendapat panggilan kecemasan dan terpaksa bergegas ke pejabat jam 5pagi.
Cuma anis dan Vodoo saja lah yang meneruskan chatthon hingga ke jam10:30pagi. Tak taulah
apa yang mereka bincangkan. Toksheh, kronik, Rayluca, Liizzy dan arini turut serta
memeriahkan suasana di sebelah pagi. Hingga kini rekod chat marathon #kekek selama 14jam
of non-stop chatting masih belum berjaya dipecahkan oleh mana2 pihak.


Tempat Lepak : Sunway Pyramid
Tarikh : 28/2/98
Yg Hadir : Angah, Feda, Cloudy Crow, Kichap, Ajitt, Cukur@RayLuca,
LilacBlue, Kirrana & Nan serta Vodoo@Cikman
Inilah kali pertama Kekekians bertemu setelah hampir 8bulan berkenalan dalam irc. First
time jumpa lidah kelu untuk berkata .. dia pandang kita, kita pandang dia .. semua saling
melemparkan senyuman dan bertanyakan khabar. Bila rasa malu2 kucing tu dok belek ayam
goreng kat atas pinggan. Nasib baik ada geng Muar memeriahkan suasana (maklumlah
dorang ni semua satu kampung). Kesian jugak tengok ajitt asyik jadi sasaran gurauan
CloudyCrow. We definitely had a good time !! Best aper dapat jumpa kengkawan irc. Sapa yg
tak join tu memanglah rugi !!


Tempat Lepak : People's Republic of Bangsar
Yg Hadir: Ajitt, Kirrana, LilacBlue, RayLuca, Vodoo
Muka tu muka tu jugak (takde muka lain kerr ;p) yang datang ke
perjumpaan tak rasmi #kekek ni. It just shows how kecik is the channel. Walaubagaimanapun
memanglah syiok abis bila dapat berkumpul ngan member lama. Tambahan pula dapat makan
free.. tandoori chicken, roti nan dan teh tarik semua Yang Berbahagia Founder #kekek Puan
Kirrana Sofea yang
belanja. Biasalah kalau Cuke, Vodoo & Kirr jumpa .. topik perbualan hangat tentu fasal
moto, F1, helmet bieffe, handphone dan lain2 perkara yang sewaktu dengannya. So geng bila
nak gathering lagi ???


Tarikh: 29 Nov 1998
Klik pada tajuk utk. penerangan lanjut.
|