Make your own free website on Tripod.com

ramadhan.gif (5795 bytes)

rose55.gif (3545 bytes)

Setiap malam dalam mimpiku,
Ku lihat wajahmu,
Ku rasa kehadiranmu,
Ku dengar suaramu.

Akhirnya ku bertemu jua,
Pengubat hatiku yang sunyi,
Seperti hujan yang membasahi bumi,
Seperti mentari yang menyinari,
Kau pengisi hatiku yang lara.

Wajahmu,
Pengubat rindu,
Pembawa semangat baru,
Sumber inspirasiku.

Kehadiranmu membawa kekuatan buatku,
Senyumanmu membawa kegembiraan kepadaku,
Wajahmu terpahat di dalam fikiranku.

Akhirnya ku bertemu jua,
Gadis jelita pengubat hati,
Senyuman terukir menawan diri,
Tapi apakah kau sudi?

Aku sanggup menantimu,
Walau selama mana sekalipun aku perlu menunggu,
Aku akan sentiasa setia kepadamu.

Wajahmu,
Penghias hari-hariku yang sunyi,
Penghibur di kala aku berduka,
Pembawa ilham di kala aku memerlukannya,
Pengisi hatiku yang sepi.

toksheh1.gif (1672 bytes)
Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh
7 Mei 1998
Dari novel "Ombak Senja"