Make your own free website on Tripod.com

gurisan.gif (5255 bytes)
rose55.gif (3545 bytes)

Maafkan aku
kalau pohon rendang itu
aku yang jadi tamu...
dan aku yang menunggumu
dalam debar cemas dan resah malu
kerana musim yang tiba
masih kukenang sekuntum kemboja
yang ku petik di perkebunan
rindu dalam igauan gadisku

Maafkan aku
jika masih menyimpan kenangan itu
bersama seuncang harap yang masih segar
disitu aku melihat sepasang mata
yang sempat beraksi..

Maafkan aku
kerana aku begitu mengharap
senyummu akan memanjang...

rose111.gif (16628 bytes)

Hasil nukilan:
izah2.gif (1495 bytes)