bunga.gif (3360 bytes)
rose55.gif (3545 bytes)
 

Kelmarin
semasa sama sama di tepian pantai
membina istana pasir
melihat anak anak ikan
berlarian di dasar air tenang
mengutip kulit kerang yang tersisa hampar
membina impian
kau tinggalkan janji janji mu hai lelaki
janji kepada perempuan

kau tahu lelaki
perempuan yang kau musnahkan janjinya itu
tidak pernah gundah pada kasih palsumu
tidak pernah bisa menyesali nasib diri
perempuan itu masih ada pegangan
masih mengenal Tuhan
tidak sama sekali untuk musnahkan diri
seperti yang kau sangkakan
jauh sama sekali..........

kau perlu tahu lelaki
harga diri seorang perempuan
akan tetap dipelihara baik baik
meski pun kau lelaki yang telah hitamkan bunga itu

jauh di dasar hati perempuan ini
masih ada harapan
agar bulan tetap bersinar di malam hari
matahari tetap memancar terik di siang hari
agar perempuan ini bisa menemui
seorang lelaki lagi yang boleh membawa hidup
perempuan ini ke noktah yang terhormat...... 

 
 

rose111.gif (16628 bytes)

Hasil nukilan:
izah2.gif (1495 bytes)