intro.gif (9480 bytes)

Pengenalan
Sejarah #kekek
Ikan Kekek
Peminat Ikan Kekek
Aktiviti #kekek
kekeklog.gif (45881 bytes)

gbook.gif (5258 bytes)

bakat.gif (3581 bytes)

#kekek? Dari mana datangnye nama ni? Jangan tanya saya, sebab saya sendiri pun tak tau, tapi tanyalah pada salah seorang host kami iaitu LilacBlue, Kirrana atau Vodoo @ CikMan. Mereka sudah tentu mempunyai jawapan mereka tersendiri. Bagi saya, kekek ialah nama sejenis ikan yang banyak tulang, sedap buat masak lemak kot.  Korang tentu pernah dengar lagu kanak-kanak "Ikan kekek mak iloi-iloi, ikan gelama mak ilai-ilai", kan? Lagu tu cukup femes masa saya kecik-kecik dulu. Sampai ada penyanyi buat rekording lagi.Tetapi, jangan ingat, dalam channel ni, kami asyik cerita pasal ikan pulak.

line.gif (1247 bytes)

Sebenarnya, #kekek ialah sama seperti channel yang lain-lainnya, cuma berbeza kerana channel ini tidak lah seglamer mana. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada berbagai peringkat manusia, baik surirumahtangga sepenuh masa, pakar komputer, engineer , saintis, pelajar, penganggur, dan sesiapa sahaja yang berminat nak join la. Mereka di sini sangat-sangat menghormati antara satu sama lain, sebab itu, perkataan-perkataan yang memaki hamun atau kurang sopan didengar, amatlah dilarang dilepaskan di sini kerana majoriti pengunjung #kekek ni orang-orang yang sudah dewasa .

line.gif (1247 bytes)

Perbincangan meliputi berbagai tajuk. Apa sahaja boleh dibincangkan , cuma, tolong jangan gunakan bahasa mencarut kat sini. Kalau anda mahu diri anda diterajang keluar dari channel, mungkin anda boleh cuba gunakan bahasa macam tu di sini. Tetapi , saya cukup gerenti, sekejap sahaja, anda akan dapati anda diterajang keluar dari channel . Kami amat mengambil berat akan perasaan setiap pengunjung channel ini.

Walaubagaimanapun, #kekek ialah channel yang amat menyeronokkan untuk dijoin kerana kematangan member-membernya. Cuba la join, dan korang akan rasa kelainannya. (Commercial Break!!)

line.gif (1247 bytes)

Pengenalan | Sejarah | Ikan Kekek | Pengunjung Setia | Aktiviti