Biarkan saja aku menjadi seperti
Bunga Liar
kerana katamu....
walau ia terbiar
tumbuh melata tanpa dipeduli
tapi ia tetap bersinar
Padaku....
diwajahnya ada keikhlasan
mengindahkan suasana alam
walau tamannya tidak dipagari
tumbuhnya tidak dibajai...
Biarkan saja aku menjadi seperti
Bunga Liar
kerana aku tidak mahu melukakan
dan aku tidak rela dilukakan....
Hasil nukilan: